NASKHAH MELAYU
Selamat datang ke blog Naskhah Melayu terutama bagi pencinta naskhah Melayu yang bertebaran di merata dunia.SAYANGILAH WARISAN GENERASI KITA
Usaha-usaha Pemuliharaan Naskhah Melayu
Usaha-usaha pemuliharaan naskhah Melayu masih lagi agak lembab dan kurang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab, sama ada pihak berkuasa tempatan mahupun orang perseorangan. Usaha ini walaupun memakan waktu yang amat panjang dan membosankan serta memerlukan kesabaran yang cukup tinggi namun ia perlu diteruskan untuk kesinambungan warisan bangsa yang tidak ternilai ini.
Menyedari kepentingan ini, blog ini dibuat untuk kita sama-sama menjaga warisan bangsa dan berkongsi pengalaman cara-cara penjagaan naskhah agar ia terpulihara dan tidak di makan bubuk atau lebih teruk lagi hancur di makan usia. Lihat
http://drz-pendigitilannaskhah.blogspot.com/
Menyedari kepentingan ini, blog ini dibuat untuk kita sama-sama menjaga warisan bangsa dan berkongsi pengalaman cara-cara penjagaan naskhah agar ia terpulihara dan tidak di makan bubuk atau lebih teruk lagi hancur di makan usia. Lihat
http://drz-pendigitilannaskhah.blogspot.com/
Sebelum Pemuliharaan
Kerosakan naskhah al-Quran ini tidak begitu teruk dan pemiliknya datang sendiri membawa naskhah untuk dipulihara. yang menyedihkan naskhah ini disimpan di dalam beg kain beserta dengan tukul besi dan peralatan tukang yang lain. yang uniknya, naskhah ini mengalami kerosakan yang minima dan seluruh naskhah masih jelas dan tidak ada serangan rayap/bubuk.
Selepas Pemuliharaan
Naskhah Al-Quran yang telah dirawat dan mudah untuk dibaca. Segala bahagian yang robek telah dicantumkan semula dan iluminasi yang terdapat dalam Al-Quran ini menanda ia berasal dari Aceh, iaitu sekitar abad ke18
PEMULIHARAAN NASKAH
Usaha-usaha yang dilakukan untuk penyelamatan naskhah Melayu yang rosak. Kerosakan yang berlaku amat membimbangkan terutama di kawasan pulau-pulau terpencil yang banyak terdapat di Indonesia. Lihat http://drz-penyelamatannaskhah.blogspot.com/


Bubuk/rayap/gegat.

Serangga perosak naskah walaupun nampak cantik tetapi amat digeruni oleh pemilik naskhah.